Pages

Thursday, July 28, 2011

July 2011 - Exceptional Month after 823 Years



 

Tahun ni bulan Julai mempunyai 5 hari Jumaat, 5 hari Sabtu dan 5 hari Ahad. Kalo x percaya sila rujuk kelendar dengan kadar segera..nescaya perkara yang dinyatakan benar2 berlaku..tol tak?


Peristiwa ini berlaku hanya sekali dalam 823 tahun..Menakjubkan.. 


Wednesday, July 27, 2011

Unlock ZTE & Huawei USB modem for free


Modem USB ZTE & Huawei yang ada cop Maxis, Celcom dan Digi KEBIASAANNYA tidak boleh merima simkad dpd line lain. Jika kita masukkan simkad yang berbeza line, satu popup akan keluar yang menyuruh kita masukkan serial @ unlock code untuk modem tersebut..percubaan untuk masukkan unlock code hanya 10x. lebih drp tu, modem kita kena lock. x pasal2 je.

KENAPA PERLU UNLOCK MODEM KITA???
kalo kita unlock modem kita, kita x perlu beli modem lain lagi sbb sume simkad blh masuk dlm 1 modem..all in 1..

Sebagai contoh: modem USB Huawei e173u-2 Celcom hanya boleh terima simkad celcom sahaja, simkad Maxis, Digi dan lain2 x leh guna sbb line berbeza. Kalo kita masukkan gak, 1 popup akan kuar dan suruh kita masukkan unlock code.tanpa unlock code, modem tu hanya boleh menggunakan simkad celcom je.

Jadi, sesape yang ingin unlock modem dan mendapatkan unlock code, leh la berikan jenis modem yang dipakai dan imei no. di ruangan komen k..maklumat tu sume ada kat modem anda. Rujuk contoh di bawah;

HUAWEI E1762
IMEI: 351553034829096

 HUAWEI E173u-2
IMEI: 352215046057806


Keistimewaan Bulan Ramadhan dan amalan


Sesungguhnya bulan Ramadhan juga disebut sebagai bulan ibadat bagi umat Islam. Ini diperkuatkan dengan terdapat banyak hadis yang menyebut tentang keutamaan dan keistimewaan beramal di bulan Ramadhan ini. Antaranya ialah:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Ketika datang bulan Ramadhan: sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini”.
(Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqi)

Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Solat lima waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat di antara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi”.
(Hadis riwayat Muslim) 

Dari Abdullah bin Amru, bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Puasa dan Al-Quran itu memintakan syafaat bagi seseorang hamba di hari kiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhanku, aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Dan berkata pula al-Quran: Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari (kerana membacaku), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memintakan syafaat”.
(Hadis riwayat Ahmad)

Dari Sahal bin Sa’ad, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Bahawa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut “Rayyaan”. Pada hari kiamat dikatakan: Di mana orang yang berpuasa? (untuk masuk jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir antara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu”.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa puasa Ramadhan kerana beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang”.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Jabir r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka”.
(Hadis Riwayat Ahmad)

Sebagai kesimpulan daripada kesemua hadis di atas, dapatlah dikatakan bahawa ia memberi pengajaran kepada kita tentang keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan serta keistimewaan beramal di dalamnya bagi mereka yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Di antaranya ialah:
  1. Keistimewaan Bulan Ramadhan
  • Bulan yang penuh Barakah
  • Pada bulan ini pintu Jannah di buka dan pintu Neraka ditutup
  • Pada bulan ini syaitan-syaitan dibelenggu
  • Dalam bulan ini ada suatu malam yang keberkatan beramal di dalamnya adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan, iaitu Malam Al-Qadar.
  • Pada bulan ini juga setiap hari akan ada malaikat yang menyeru dan menasihati umat Islam supaya berbuat baik dan menjauhi perkara maksiat

      2. Keistimewaan beramal di bulan Ramadhan
  • Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara Ramadhan ini sehingga bertemu Ramadhan berikutnya
  • Menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan memintakan syafaat daripada amalan membaca al-Quran dan puasa itu sendiri dan perisai siksaan neraka
  • Bagi orang yang berpuasa disediakan pintu khusus baginya untuk memasuki Jannah iaitu yang dinamakan “Rayyaan”
Ihsan Mimbar Ulama

Wednesday, July 20, 2011

Keistimewaan Wanita Di sisi Islam


Tahukah anda bahawa wanita mempunyai BANYAK KELEBIHAN berbanding lelaki di sisi Islam. Peluang untuk mendapat pahala terbuka luas hanya dengan mentaati suaminya sebaik mungkin. Di samping itu, anugerah pahala terhadap wanita yang berganda berbanding kaum lelaki sepatutnya dijadikan sumber kekuatan untuk mentaati Allah SWT. Sehubungan dengan itu, wanita harus sentiasa mencari dan menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT. Berikut adalah antara kelebihan dan keistimewaan kaum wanita berbanding kaum lelaki:

A. Kelebihan wanita daripada Lelaki

  • Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut, jawab baginda:

          “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
  • Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

 
B. Anak Perempuan lebih istimewa

  • Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  • Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
  • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
  • Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  • Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

 
C. Kelebihan Ibu

  • Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  • Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


 D. Kelebihan Taat Kepada Suami

  • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  • Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya(walinya) (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
  • Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W, “Ibunya.”

 
E. Ibadah Wanita

  • Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
  • Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

 
F. Keistimewaan wanita dalam melahirkan dan menjaga Anak

  • Apabila seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  • Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.TApabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Apabila telah lahir seorang anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  • Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T